Saturday 29 October 2011

TAHNIAH..

Alhamdulillah...semalam, segalanya telah berakhir.

Bola, bola jugak. Namun akhirat jangan lupa :)
Kesempatan ini, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah menjuarai Piala Malaysia edisi 2011. Bermula dengan corak permainan yang perlahanan kemudian seimbang, seketika Terengganu mendahuli dengan 1 – 0, kemudian Negeri Sembilan bangkit semula dengan kealpaan pemain Terengganu. Lantas menjulang piala yang berprestij itu.

Hai-O sekali lagi menjadi wira dengan sepakkan gunting, yang juga menobatkan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Negeri Sembilan mendahuli 2-1 hingga ke minit terakhir.


Sekali lagi tahniah kepada Negeri Sembilan sebagai Juara Piala Malaysia. Buat team Terengganu, jangan putus asa, cuba lagi di edisi lain.

Wednesday 25 May 2011

BLOG DEWAN PEMUDA PASIR PUTEH

Bismillah..

Alhamdulillah, Hari ini lahirlah blogspot bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan.  Walaupun ianya tak seindah yang diharapkan, namun didoakan agar ianya boleh menjadi satu wadah ataupun medium untuk rakyat berkongsi maklumat.



Sampaikanlah juga segala bentuk informasi yang boleh menjadi panduan kita semua. Maklumat-maklumat terkini tentang isu-isu semasa samada dakwah, politik, pengisian dan segalanya akan dimuatkan dari masa ke semasa. Insya Allah